29 Sep 2015

Hospital Pantai Melaka

Masa cuti aidiladha haritu, pagi sabtu tu dapat call dari abang sedara bagitahu yang pakcik aku,ayahmar dah tak kenal sapa-sapa..pastu dah tak sedarkan diri kat hospital..

Ayahmar ni abang kepada ma (mak aku)..
Dia memang tak sihat pon banyak penyakit..dia pon dah dialisis buah pinggang..
So lepas tahu berita tu..ma dah sedu sedan nangis...cete dengan papa,papa ajak la petang tu gerak..
Adik aku ewan nak ikut tapi wife dia keje sabtu tu..dia jaga baby thaqif..ikutkan dia nak ajak ahad la pergi..tapi papa tak nak sebab mesti jem nanti dengan orang yang baru pulang beraya..

Itu pon kami gerak pukul 3 petang..
Dah la sabtu tu jerebu teruk giler aku rasa..sepanjang kelabu je penglihatan..


Sampai Hospital Pantai Melaka dalam pukul 5 or 5.30 macam tu..
Pastu terus naik bilik ayahmar..tengok ayahmar tak ada..sorang pon tak ada..
Papa tanya nurse, nurse kata tengah dialisis..
Tunggu punya tunggu tak naik jugak..tanya balik nurse kami gerak pergi bilik dialisis lak..
Kat sana baru jumpa mama (wife ayahmar). tunggu lagi kat situ sebab belum settle..




Ni tengah menunggu la ni..sempat wefie dengan arfan..kualiti picca tak cun so kita buat hitam putih..
Aryan ikut papa pergi cafe hospital tu..



Budak ni nak bagi senyap supaya tak berlari sana sini, menjerit sana situ kat hospital tu..
Bagi hp papa ko..tekan la pe nak tekan..main la pe nak main..huhuh


Lama jugak la kami menunggu kat sana sampai ayahmar naik bilik..
Waktu ni ayahmar dah sampai kat bilik..




Ni la ayahmar aku..masa ni pon dia tak sedar..
Panggil nama pon tak buka mata..
Ma waktu ni dah leleh airmata..sedih tengok keadaan abang dia macam tu..
Ayahmar ni pon baru lepas operat potong kaki jugak..tapi atas buku lali je..
Dah tengok ma nangis, aku pon dah mengenang airmata gak..

Semoga ayahmar sedar dan sihat hendaknya..amin...


28 Sep 2015

Hari Raya Aidiladha 2015


Tak ada banyak cete dan picca pon untuk hari raya aidiladha ni..
Selain  duduk-duduk dan makan jeee....huahuahuaa..
Pagi raya tu kecoh gak la rumah, angah, ewan..lewat sikit bau along lak sampai..
Dia pagi tu raya sini dulu pastu terus gerak balik mersing rumah mak mertua dia..


 Menu untuk pagi raya adalah nasi impit, ketupat palas, kuah kacang dan rendang daging..



Menu untuk tengahari merangkap petang adalah nasi tomato, ayam masak merah dan arca timun..



Anak bujang i tak bersamping..omak nyer ni malas la nak pakaikan samping..


Dah kenyang...duduk-duduk la...geng baju color hijau tu adik aku dan wife dia..baby thaqif pon berhijau gak..
Pastu tu baju color warna warni tu family angah aku..tu pon baru separuh je pica family nyer..ada lagi yang tak sempat snap..


Ni geng purple family along aku..


Ni tuan belog geng biru..tak dan nak snap picca sefamily pon..
Lagi pon sume baju raya aidilfitri haritu..so tak perlu la snap full..
Shawl je baru dari @biscuits_jacob..so aci la snap atas jee..haha






Petang tu baru pi kubur abah..kami tak nak pergi pagi, mesti nanti ramai orang sampai jem kat kubur tu...
So decide petang baru pergi..petang tu pon ada jugak orang kat kawasan kubur tu..
Dah merimbun pokok tasbih tu..sampai dah terlindung batu nisan nyer..
Assalammualaikum abah..ana balik dulu ye..

Muziam Tentera Udara Diraja Malaysia



Assalammualaikum uols..
Selamat kembali berkerja..i is jelous sebab papa still cuti lagi harini...arrgghh..
Sebelum buat entri raya aidil adha..habiskan dulu entri sebelum hari raya punya..

Bawa aryan arfan pi melawat Muziam Tentere Diraja Malaysia kat Sungai Besi tu..
Nak buek macam no, anak-anak minat aeroplane..
Ni kali ke 2 datang..1st datang masa arfan kecil lagi waktu tu..
Ni dia dah besar sikit dan dah paham, bawa lagi sekali datang..
Dah cuti lama, pagi-pagi ni tak tau nak bebel apa..moh je la ler layan picca..









Tengok la betapa sukanyer dua beradik ni...






Paling over suka ini budak arr...
















Okay dah muziam nak tutup dah..jom pulang..
Arfan tu dah start mengamuk tak nak balik..
Kamu nak tido sini ke arfan oiii..

*kualiti gambar tak berapa memuaskan..salah kamera hp ke apa ni..okay pa nak tukar hp..