6 Okt 2015

Ayah Mar Telah Bertemu Penciptanya :(

Assalammualaikum..
Hari jumaat yang penuh barakah baru ni, ayah mar (pakcik) telah pergi menemui penciptanya..
  إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ 
Al-fatihah.. 
*ada entri pergi melawat (sini)


Dapat call petang khamis dar cek mah (kakak ma).
Kata ayah mar dah nazak...
So esok pagi nyer ma, ewan, along dan suami gerak dulu dalam pukul 8 ke Hospital Pantai Ayer Keroh Melaka.
Aku serba salah sebab hari khamis tu baru jumpa bos besar no 2 pasal el la, mc la, datang lambat la..
Masuk pukul 9, kalau punch kad ko 9.01 minit siap la reason ye..
Kalau opis lama dulu ada waktu kecemasan lebih 5 or 10 minit tak silap..ye la kadang sebab jem ke apa ke..
Aishh, malas la nak cete pasal opis ni..kalau cete panjang..





Tu yang buat rasa serba salah, papa dah el sebab kalau aku keje sapa lak nak tengok aryan or hantar sekolah nanti..arfan tak apa la hantar rumah babysitter..
Tapi still rasa tak sedap hati, akhirnya tanya papa nak pi tak hospital..papa kata jom je la..
So tekad la aku el haritu..lantak pi laa..nak marah ke apa..ayah mar ni mak kata penah jaga aku waktu kecik dulu..so lagi la aku serba salah kalau jadi apa-apa tak pergikan..

Pukul 9 pagi baru gerak dari p.j..arfan kat rumah babysitter, aryan bawa sekali..
Sampai kat restoran jejantas ayer keroh dapat call dari along kata ayah mar dah tak ada..sob..sob..
Tak sempat sampai aku..aku perjalanan nak ke melaka tu hujan lak..dah dengan jerebu lagi..
So tak bole la nak laju-laju..
Sampai je hospital, masa nak tunggu lif.elok lif terbuka tengok sepupu aku dengan along, wan dan mak keluar dari lif..
Diaorang kata jenazah dah nak bawa balik rumah.so aku tak naik la atas..
Tunggu la papa, ambil kete balik..
Dari ayer keroh ke rumah dia di jasin ambil masa lebih kureng 40-45 minit ikut jalan dalam..
Kebumi katanyer lepas asar.tapi agak lambat la jugak..sebab dia dah meninggal pagi..
Aku pon tak sempat tunggu kebumi, sebab pikir arfan kat rumah babysitter..pukul 4.30 dah gerak balik.sampai rumah pukul 6.30 petang.
Mak,wan dan along sampai pukul 10 malam..kata mereka pukul 5 lebih bari kebumi..
Alhamdulillah selesai semuanya..


Meninggal di hari jumaat dengan hujan mengiringi pagi tu..
Sebak sangat..semoga arwah ditempatkan digolongan orang beriman..amin..




Ni pak dengan mak sedara yang datang dari kelate..
Diaorang gerak subuh pagi jumaat tu..tak sempat sampai gak tengok jenazah..
Ni sabtu malam diaorang tido rumah pulak..
Ni sebahagian adik beradik kandung dan tiri ma yang masih ada lagi..
pakcik yang paling kelakar adalah ayah lah..baju merah tu..
Kalau bercete tak sah kalau tak gelak..kadang-kadang sampai keluar air mata dek gelak tau.
Pagi ahad diaorang gerak balik kelate balik..
Semoga mereka semua diberi kesihatan yang baik dan semoga berjumpa lagi..insha Allah..

1 ulasan:

  1. Al fatihah. Banyak bersabar ye. Semoga beliau di tempatkan dengan orang orang beriman.

    BalasPadam