5 Mac 2015

Resepi Cheese Cake Simple

Hari sabtu baru ni aku try..buat cheese cake yang mudah dan simple..
Tu pon sebab nak habiskan cheese yang buat cheesekut aritu..
Cheese yang dah buka bukan nyer elok simpan lama kan..


So ni hasil cheese cake nyer..
Mudah dan sedap..
Presentation dengan prop harus cantik..hahah..*daku nak beli bunga or pasu rumput macam kat ikea tu...



Aku post kat ig,de yang mintak resepi..
Dah ambil ni ye..

Bahan-bahan:
250g cream cheese
200cc/ml fresh cream/plain yogurt (aku pakai yougurt je)
2 sudu besar jus lemon (aku tak ada lemon, so tak letak)
3 sudu besar tepung gandum
2 biji telur
90g gula

Cara-cara:
-Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
-Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream.
-Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit..
-Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
-Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.

Selamat mencuba ye uols..



4 ulasan:

  1. ok ..ana ko dah buat aku terliur

    BalasPadam
  2. wah nmpk sedap..cam sng je resepi tu..nnt ada masa i nak try ler :D :)

    BalasPadam
  3. senang je nih..boleh la akak try buat nanti..hehehe semua pun nk try akak nih

    BalasPadam
  4. wahh...nampak sedap..
    dan... utk kekemasan n kecantikkan leh bg 5bintangg ni..

    BalasPadam