4 Dis 2014

Donut La Sangat...

Dah lama rasa nyer bermain dengan tepung dan oven..
Rindu nyer nak buat kek or cupcakes..
Tengok la nanti bulan ni kan banyak public holiday..
Eh. 2 hari je pon..Sultan Selangor dan Christmas je..
Bole la nanti membaking..

Ni last weekend, 1st time bermain dengan yis..
Buat resepi yang mudah je..rumitrumit susah la..
Try buat donut..



Bahan-bahan ( 20 - 25 biji ) 
3 cawan tepung gandum 1 cawan air suam kuku 
2 sudu besar mentega 
6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis) 
3 sudu besar susu pekat manis 
1 paket yis (jenama mauripan) - aku pakai kijang je..
1 biji telur 

Cara-cara
Cairkan mentega dan ketepikan. 
Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit. 
Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi. Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau. Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. biar adunan lagi selama 45 minit. 
Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik). ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung.(ini utk buat bentuk ring donut) 
Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat. Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair dan ditabur dengan coklat rice.. 

Tapi aku buat separuh adunan je dari atas tu..
So pandaipandai la uols bahagikan ye..



Walaupon rupa mu tak seindah donut..tapi rasa mu sedap..wakaka..
Maap la tak ada rupa..tapi rasa dah ada..1st time buat ken..lepas ni bole try lagi..
Masa masak api besar kot..cepat garing nyer pon..
Aku just tabur gula ising je..




See walaupon nampak garing diluar...lembut didalam..
Sedap makan masa panaspanas la..pekena lak teh or kopi panas dalam keadaan cuca yang hujan...
Eeeemmm...layan seyyy!!


1 ulasan:

  1. dapnyer...
    asya ni pom dah lama suruh buat donut..
    seumur hidup kahwin ni, bru sekali buat donut..

    BalasPadam