18 Nov 2014

Percubaan Membuat Churros..

Assalammaualaikum uols..
Aihh la, dari jumaat lepas sampai lani buzy betul..
Sakit segala urat dah..almaklum ar faktor umur pon ye..

Cuti weekend haritu aku try buat churros..garagara tengok Saffiya tinjuk satu cafe tu famous dengan churros..
Pastu try google resepi tengok mudah je..
Bahanbahan pun ado..cuma pinjam nozzle dan mintak satu piping bag kat ida..diakan tokey kek..
Aku punya nozzle man tah..nampak sangat lama dah tak membaking..



Walaupon tak ado anak dara..anak bujang pon bole membaking sama laa...hihi..
Baik abang aryan...hihih..
Bising sudah mulut aku kat dapur..



Ni rupa nyer bila dah siap dibentuk..
Eh, lupa lak nak letak resepi nyer..

Bahan-bahan
  • 1 cawan air
  • 1 sudu makan gula
  • 11/2 cawan tepung gandum 
  • 1 biji telur - size L
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu makan butter
  • For dusting - Gula+cinnamon powder atau hot chocolate

Cara-cara
  • Didihkan air, garam, butter dan juga gula. Kecilkan api. Masukkan tepung. Kacau cepatcepat agar tepung tidak berketulketul. Angkat dari api. Masukkan telur dan kacau sebati. 
  • Panaskan minyak. Masukkan adunan ke dalam acuan (bleh gune nozle bentuk bintang dan masukkan dalam piping bag). Picit dan potong panjang ikut suka. Goreng hingga keemasan.Angkat dan toskan.
  • Taburkan gula+cinnamon atau celupkan ke dalam hot chocolate.



Maaf la rupa tak berapa nak cantik seperti yang dalam cafe orang tu..
Rupa tak ada, yang penting rasa ado..muahaha..

Kat cafe tu tak silap makan dengan sos caramel..
Aku makan dengan coklat hershey je..
Cepat dan senang..


3 ulasan: