2 Mei 2014

Bento Arfan# 70,71 & 72: Mac Bolognese

Assalammualaikum uols..
Salam penuh barakah di hari jumaat.. *ayat yang sama bila hari jumaat..wakaka
Al-fatihah untuk arwah abah..amin..

Harini nak update bento arfan..
Last week berapa hari cuti dari berbento..entah la mood tak ada..
Harap maaf la..

Yang bawah ni bento arfan yang ke 70..
Wah makin menghampiri 100 ni..chaiyok ana..


Nasi, ayam masak merah (versi baby), hot dog dan jambu air..
Ayam masak merah tu pakai puri tomato la..main campakcampak, siap..

Bento yang ke 71..


Nasi, sup ayam, biskut tiger dan anggur..

Yang ke 72 ni pulok bento arfan untuk harini..



Mac bolognese, hotdog dan anggur..
Sos bolognese tu sama je macam aku buat spaghetti bolognese haritu kat sini
Tapi terlebih rajin aku aku copy paste gak la ye..

Resepi Sos Mac Bolognese (versi baby)

Bahan bahan:
Bawang holland
Bawang putih
Tomato puri
Minced meat/chicken
Carrot - dipotong dadu dan stim/rebus dulu bagi lembut..

Panaskan olive oil/butter unsalted. Tumis bawang holland,bawang putih dan ayam sehingga naik bau. Kemudian masukkan tomato puri dan carrot..aku masukkan sedikit air dan sedikit garam gak.untuk umur bawah setahun tak perlu garam ye..
Kacau sehingga kuah pekat.
Last gaul bersama macaroni..siap..
 

posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan