24 Mac 2014

Tekak Teringin Nak Makan Puding Roti

Assalammualaikum uolss..
Happy monday..

Ini projek weekend baru ni..
Tekak teringin nak makan puding roti punya la lama..
Tak sempat je nak buat..

Tiba ternampak fresh milk dalam peti ais..pastu tengok bahanbahan semua ada..
Arfan lak tido..zasssss pi dapur lajulaju buat..



Buat dalam loyang kecik je sebab roti ada 6,7 keping je tak silap..
Pastu ku tabur coklat chip..daku lagi suka coklat chip dari kismis..hihihi..

Walaupun ramai dah tau buat..aku nak letak gak resepi simple ni..
Nampak panjang sikit entri ni..muahaha..

Puding Roti Sos Kastad
from: Hana

Bahanbahan:
  • 8 keping Roti
  • * 500 ml Susu segar
  • * 4 sudu besar Gula halus
  • * 2 sudu besar Butter- cairkan
  • * 2 biji Telur
  • * 1 sudu teh Esen vanilla
  • * 1 sudu besar Tepung Jagung
  • * 1 sudu kecil serbuk cinnamon
  • 2 sudu besar kismis/coklat chip
Untuk Sos Kastard
  • 1 tin susu cair
  • 2 s/b tepungkastad
  • 2 s/b gula
Cara-cara
  1. Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
  2. Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
  3. Biarkan sebentar dalam 20-30min agar roti terendam sepenuhnya.
  4. Taburkan kismis diatas adunan.
  5. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
  6. Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat.
  7. Tuang ke atas puding roti tadi.

Lepas masak simpan dalam peti ais..
Makan sejuksejuk dalam waktu panas..walawei sedap..
Arfan suka..banyak uols dia makan..abang aryan tak makan..dia luakluak kan lagi ada..
Elok la tu, abang aryan geng papa..very the kampung..hahaha..  

posted from Bloggeroid

1 ulasan:

  1. sedapnya...dah lama tak buat puding roti..last buat thn lps..hehe

    BalasPadam