25 Feb 2014

Mac and Cheese & Cupcakes Butter

Assalammualaikum uols..
Kembali berkerja selepas 3 hari bercuti..
Semalam terpaksa el sebab rumah babysitter arfan pagi ahad tu kena pecah masuk..
Habis bersepah giler rumah dia pencuri tu buat..nasib baik tak dapat banyak barang berharga pun..
So semalam dia nak settlekan hal rumah dia tu..nak pasang grill tingkap dan baiki pintu dapur dia..

Ni saje nak update haritu aku buat mac & cheese..
Beli cheese dah lama..buat nyer tak gak..
So last week baru dapat buat tu pun sebab tak ada benda nak makan..
 

Macaroni Dan Keju

Bahan:
1 bungkus macaroni - aku guna separuh je..
2 cawan susu segar - ni pun secawan je..
2 /3 cawan keju cheedar
2 sudu besar tepung gandum
2 /3 sudu besar mentega
sedikit garam dan lada sulah
optional-brocolli/daun ketumbar/bawang/ hirisan ayam

Cara:
Rebus macaroni bersama sedikit garam dan minyak
Toskan dan gaulkan dengan sedikit mentega
Cairkan mentega dan masukkan tepung
Kacau selama lebih kurang 1 minit
Masukkan susu sedikit demi sedikit
Kacau sehingga ianya berbuih/mendidih
Tutup api dan masukkan keju cheddar dan gaul sehingga semuanya cair
Masukkan macaroni ke dalam mangkuk dan gaul bersama sos keju


Yang atas dipulok semalam buat..dah lama hoit tak membaking..rasa janggal pulok..hahaha..poyo jo..
Buat cupcakes butter..tapi saja color dan berperisakan..hhuhuh..
Kononkonon nak testing buat army cupcakes la..hahaha..

Cupcakes Butter

Bahan:
1 buku buttercups 250g
2 1/2 cawan tepung kek
1 cawan gula 
3 biji telur (basuh dan lap ye)
3/4 cawan susu yang tak manis - aku guna susu kotak dutch lady si Mia
1 sk esen vanilla

Cara2
1. Pukul buttercups + gula sampai kembang
2. Masukkan telur 1 per 1 + esen vanilla dan pukul lagi sampai kembang lagi
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan susu..pukul sehingga rata..
4. Kautkan letak dalam acuan kek or cupcakes
6. Bakar: kek 50minit ke 1jam - cupcakes 15minit ke 25minit suhu 180
* rajin hiaskan la dengan topping buttercream ke..




posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan