27 Dis 2013

BentoArfan#06 & 07 Dan Resepi Creamy Pumpkin Pasta


Assalammualaikum uols..
Salam penuh barakah di hari jumaat ni..

Semalam memang dah niat nak buat bento untuk arfan pagi ni..
Walaupun dah terlewat sedikit bangun tapi ku buat jugak..nasib kuah untuk pasta tu aku buat lebih masa cuti krismas tu..just masak pasta je..
lagi pun dah lama lak tak buat bento..pastu semalam received bento tools so semangat lebih sikit..

Sebelum tu nak post bento yang aku buat jumaat minggu lepas..
Tapi boleh tengah masak nasi dia kat atas dapur sekali gas habis..huaawaa..
Nasi tak masak lagi..



Sudah nyer bento ala finger food dan dessert je la haritu..
Roti *doremon versi gugurl..pe nama kartun tak ingat, biskut milna banana dan grape jee..
Sory ye sayang..
Pastu cete dengan bs dia, bs dia kata tak apa la nanti dia tolong masakkan nasi..thanx ye kak yah..




Dan bento harini adalah pasta..harini ni dah bento ke 07 aku buat untuk arfan..macam tak percaya je dari minat tengok samapi dah suka buat..hihih..semoga berterusan la hendak nyer ye..
Creamy pumpkin pasta, hotdog dan grape..
Pasta tu aku guna jenis fettucini..sekali dah masak dan blander nampak sikit pulok..
Nasib baik ada hotdog tu..tak apa la baby nanti petang or malam kang kita makan lagi ye.. 




Ni aku tempek resepi Creamy Pumpkin Pasta.. 
Yang ni aku buat masa cuti krismas tu la..

Bahan-bahan:

1. Baby pasta
2. Pumpkin
3. Isi ayam *kalau de stok ayam lagi ok..
4. Potato
5. Bawang holland
6. Sedikit butter unsalted


Cara-cara:

1. Rebus pasta dan toskan.ketepikan.
2. Potong kentang dan labu nipis nipis dan rebus sehingga lembut..
3. Dalam periuk lain tumis sedikit bawang holland dengan butter unsalted..
4. Kemudian bawang dah masak masukkan sedikit air masak dan isi ayam..
5.  Selepas isi ayam dah masak masukkan potato dan pumpkin yang dah lembut tu..kacau seketika..
6. Biarkan sejuk dan blander sehingga halus..
6. Tuang creamy pumpkin ke atas pasta..siap

Boleh la cuba jika dah boring masak bubur nasi je untuk anak..tapi resepi ni sesuai untuk bayi 9 bulan ke atas la..
Selamat mencuba..taaaaaa....


posted from Bloggeroid

1 ulasan: