17 Mei 2013

Hari Mengemas Sambil Ber'tshirt' Blogger

Salam Jumaat semua..



Selalu jumaat orang pakai baju kurung pergi kerja tapi aku harini pakai tshirt dan seluar jeans jo..
Sebab harini nak kemas dan pindah barang..tempat aku or finance depart akan pindah duduk 2nd floor..
Adoi, malas sungguh nak packing barang dan nanti nak punggah balik..leceh sungguh laa..


Huhuhuhu..dasyatkan ayat dia..


Cantek la wey tshirt ni...tuan dia pun cantik gak..hahahah *muntah ijau*
Tima kasih pada rakan bloggerku yang design, yang tolong handle print dan tolong poskan ye..
Baju ni sampai berapa hari sebelum aku beranak tak silap..tapi harini baru buka..
Dah dua bulan lebih terperap..baju aryan pun tak sempat tengok tadi..
Tak sabar lak nak pakai baju blogger ni bersama aryan..

Uols yang lain dah pakai ke tshirt ni?


2 ulasan:

  1. hahaha sesama kasih. kami dah puloh kali melaram tshirt tu. nasib basuh x pudar. hik

    BalasPadam