4 Ogo 2012

Iftar - Puding Kiwi

Dah lama laa tak 'memuding'...
Naknak sejak berdua ni..malas sangat rasa..plus badan lemah je tak larat..
Terus stop segala membaking..memuding ni..
Tapi dalam hati menebal nak buat biskut raya ni..
Tak dapat 2 jenis biskut..1 pun jadi la..
Tengok la keadaan diriku nanti macam mana..

So semalam buat la puding...
Sebab buah buat pavlova ada lebih lagi..kang dari busuk buang ke tong sampah..baik buat sumting..
Pikirpikir nak buat puding kiwi or peach..
Tengok resepi terus buat puding kiwi..

Tapi kebanyakkan buat puding pakai agaragar serbuk..
Aku tak ada agaragar serbuk..yang ado agaragar tali je..
So search de jumpa resepi guna agaragar tali..
Pastu aku tak ada acuan silikon yang cantik..sudah nyer masuk dalam bekas je..pastu potong kecikkecik sudah..



Meh aku bagi 2 resepi puding kiwi..1 menggunakan agaragar serbuk dan 1 lagi agaragar tali..

Kredit: resepiibu2010

Bahan2nya :
25 gm agar2 bertali
6 cawan air
2 cawan susu cair
21/2 cawan gula
3 biji buah kiwi - di blend kasar
sedikit pewarna hijau

Cara2nya :
Masukkan air, gula dan agar2 ke dalam periuk. Masak lah hingga mendidih dan agar2 melarut.
Masukkan susu cair dan buah kiwi yg diblend tadi serta pewarna hijau.
gaul rata dan masak hingga agar2 nampak pekat. padamkan api.
Tuangkan ke dalam acuan yg dah dibasahkan dgn air.
Bila puding dah sejuk, masukkan dlm peti ais.
Biarkan sejuk, baru lah dihidangkan




Bahan:
5 gm agar2 serbuk
2 1/2 cawan air
5 sudu besar gula (tambahkan jika suka lebih manis)
1/2 tin susu cair
2 biji kiwi (blend dgn 1/2 cawan air)
sedikit pewarna hijau
sedikit hirisan buah kiwi utk hiasan

Cara:
Masukkan air, gula dan agar2 serbuk ke dalam periuk. Masak lah hingga mendidih.
Masukkan susu cair dan kiwi yg diblend tadi serta pewarna hijau. Padamkan api.
Kacau hingga sebati.
Tuangkan ke dalam acuan yg dah dibasahkan dgn air.
Bila puding dah sejuk, masukkan dlm peti ais.
Biarkan sejuk, baru lah dihidangkan dgn hirisan buah kiwi.


#nanti nak buat puding peach lak#


3 ulasan:

  1. Owh..buah kiwi tu di blend yer..baru tahu..tak pernah buat lagi puding mcm gini. Biasa pakai tepung kastad jer.

    BalasPadam
  2. menarik juga ni,akak pun byk lg buah kiwi tu lbh buat cupcake hari tu

    BalasPadam
  3. Rosidah & mama aryan..cuba la..sedap..sejuk je masuk tekak..hihhi

    BalasPadam