5 Jun 2013

3/6/2013 - Genap 3 Bulan, Demam Campak Pulak..

Kelam kabut + serabut pagi ni..habis bekal aku, biskut + maggie + keropok nk makan kat opis tertinggal..
Lupakan la segala benda yang buat serabut kepala...ni nak cete pasal baby arfan..

Hari sabtu haritu dia demam, chek suhu 38.4..so lepas magrib bawa dia pi klinik..then doc bagi ubat demam..
Hari ahad, panas dia dah kureng sikit..hari isnin aku el sebab babysitter balik kampung sampai hari rabu..so ingat isnin je aku nak el,pastu nak mintak tolong mak mertua jaga hari selasa je..rabu mintak papa tolong lak jaga..
 

Sekali pagi isnin lepas mandikan baby arfan, perasan badan dia penuh bijibiji merah..
Sebelum ni perasan, tapi aku ingat ruam..sebab kan sekarang cuaca panas..
Tengok lain macam je, cakap dengan ma (my mom) "ni badan baby penuh bijibiji merah ni, kena campak ke ma?" Ma suruh tengok tapak kai dia, then tengok ada gak bijibiji tu..so ma kata ye la kot..
Terus call papa bagi tau..lepas lunch terus papa balik..ambil cuti 1/2day.


Datang balik klinik haritu, klinik kat depan rumah je..Poliklinik Dinar..
So doc kata demam campak..doc bagi calamine lotion untuk sapu kat seluruh badan..
Tapi bukan campak macam orang tua tu, yang besarbesar tu..ni halus..tanya kat geng blogger diaorang kata, campak pasir..


Baby arfan dengan papa..papa dengan baju keje nyer..
Nasib baik baby arfan merengek macam tu je kat klinik..tak ada melalak sakan..


Kesian sayang mama ni yeee..
Last month 3/5, genap 2 bulan kena admitt sebab lung infection..
Now 3/6, genap 3 bulan kena demam campak lak..
Besar dugaan untuk baby arfan..sabar ye sayang..mungkin ada hikmah disebalik semua yang terjadi..


Paling tak tentu arah kalau baby menangis jee..dah tukar diaper, dah bagi susu, dah pujuk..semua tak jalan..
Tu yang buat aku risau je dan sedih :((




Ni lepas merengek dan lepas sapu calamine lotion..dia rasa gatalgatal kot..pastu bila angkat je dia nangis..atok kata dia rasa sakit badan kot..macam lenguhlenguh sebab campak tu..
Cepatcepat sapu, masuk buai terus tido..
Semoga sayang mama ni cepat sembuh yee..luv u...



4 Jun 2013

Bad mood

I'm really fed up!!!! And so tired....


Ok bye...

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

31 Mei 2013

My Supplement Now

Ni nak cete supplement yang aku guna sekarang..
Anak dah 2 so kena la ambil sumthing..
Aku ambil brand Shaklee...famous dah kan shaklee ni sekarang..
Aku baru nak berjinak dengan shaklee ni..



Buat masa ini, aku hanya ambil alfafa dan esp je..
Sebab utama ambil alfafa dan esp ialah untuk milk booster..tak terpikir lak untuk yang lain..
Alfafa aku beli sebelum beranak lagi..start makan lepas bersalin..
Esp baru sampai semalam..dan malam tadi dah start minum..ni produk paling laris ni..
Aku beli kat blogger Aishah Rahim
Untuk alfafa, 330 biji RM53..berbaloi la banyak biji dan murah..
ESP 850gm RM121..aku ingat botol nyer kecik je..sekali besar daa..silap haribulan 2 bulan pun tahan ni..

Meh la ku share sikit kebaikan alfafa dan esp ni..

 Alfafa Shaklee

  • Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian
  • Melegakan sakit sendi dan belakang.
  • Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  • Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
  • Merawat arthitis
  • Bagus untuk elergi dan ekzema
  • Merawat athma
  • Mencuci usus bagi membuang toksik
  • Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  • Meneutralkan asid dalam badan
  • Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita)
  • Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita)
  • Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita)
  • Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita)
  • Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  • Meningkatkan stamina seorang suami
  • Melegakan sembelit
  • Membuang angin dalam badan
  • Milk booster
  • Dan banyak lagi untuk disenaraikan…

  ESP
- ESP ni adalah sember protien lengkap yang ada 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar untuk kita dapatkan daripada diet harian kita.
- ESP mengandungi kacang soya non-GMO yang semulajadi dan ia bebas dari kolestrol ia juga rendah lemak.
- ESP terbukti mampu membekalkan tenaga yang boleh bertahan berjam-jam lamanya.
- ESP bantu untuk kekalkan paras gula dalam darah.
- ESP bantu untuk kekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dna pembentukan otot baru,
- ESP tiada perasa tiruan, pengawet dan pewarna.
- ESP mengandungi lemak yang sangat sedikit iaitu 1gm dan tiada laktosa dimana kadar untuk hadam adalah sangat tinggi.
Sebabkan itu, badan kita sangat memerlukan PROTIEN. Sebabnya MAKANAN UTAMA bagi SEL ialah PROTIN. Sel yang sihat dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat.
Khasiat ESP adalah;
1. Kekal Muda - Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga. 
2. Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.
3. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.
4. Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan parut.
5. Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

6. Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.
7. Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.
So mari la menjaga kesihatan ye uols..sekian saja dari saya promote tak berbayar...muahaaaa..