3 Okt 2014

Spaghetti Grill, Paradigm Mall

Assalammualaikum uols..
Al-fatihah..

Harini aku dan opismate pi lunch diluar..
Harini gak last day wana dari Fame Tours..nama company lain tapi satu bumbung dan satu owner dengan company aku..
So pi la lunch nak celebrate wana last day..


Pi makan kat Paradigm je..sebab fikir dari opis tak jauh dan parking senang..
Wana yang tudung biru bunga tu..dia seorang kaki selfie..
So bila berjalan denga kaki selfie kitaorang pun terjebak same la berphotogedik..muahaha..


Dah sampai tak tau nak makan pe..sekali nampak restoran ni..tengok menu macam sedap je..
Pastu semua sebulat suara kata ok kita try..sebab semua tak pernah makan lagi kat sini..
Dia western food..pasta dan steak..


Selepas order makan start tuan selfie a.k.a tuan last day ajak selfie..
Terus laju masingmasing tonjol muka..wakaka..
Kenapa pipi aku nampak bulot disitu..okay fine...


Harus la yang dirai interframe ken..


Kami...
Wana, azlen (purple), sofia (free hair), tuan blog & mak yong ida..


Sawan kamera dah meresap..


Banyak lagi pica yang disnap oleh wana..
Tak nak la tempek semua..kang ada yang muntah hijau lak..muahaha..


Ni roti nan dan kuah macam kari tak silap aku..
Aku tak rasa pun..yang bagus nyer habis roti nan ni bole refill uols..
Air pun bole refill gak..suka mak tau..


Pic atas dari kiri:-
Spaghetti aglio olio..ida punya..
Tengah chicken apa tah..wana punya..
Hujung lamb harus sofia punya..
Pic bawah dari kiri:-
Grill cheese dengan spaghetti azlen punya..
Hujung aku punya cajun alfredo pasta..

Weols rasa ok..portion besar gak la..spaghetti banyak aku rasa...masingmasing kemain jolok nak habiskan..hahah..
Bole share 2 orang kalau yang jenis makan sikit..
Wana punya ayam sampai 2 ketul wokay..seksa minah tu nak habiskan ayam dia..hahaha
Price tak ada la mahal sangat..aku rasa murah sikit dari chili's..
Lepas ni bole datang lagi makan sini..


For the last time, wana belanja buat inai..
Lepas ni tak dapat la rasa nak pakai inai free yang cantekcantek lagi..sob..sob..
Thank you wana..

Wana, all the best dalam kerjaya inai anda..semoga bertambah success..good luck..


SPAGHETTI GRILL

UG 15, Upper Ground Floor, 

Paradigm Mall (UG 15, Upper G.F), 
47301 Petaling JayaSelangor, Malaysia



2 Okt 2014

Hello October!!



Hello october..please be nice to me wokay..
Special month..yeey...

♥♥♥♥♥♥♥♥

1 Okt 2014

Infused Water

Assalammulaikum uols..

Pagi ni mari kite minum infused water untuk kesihatan..
Dah lama perasan kat ig dan blog pasal infused water ni..dari sehari nak buat tapi tak terbuat gak..
Sekali tengok adik laki ku beli buahbuah pastu buat infused water..
Terus la laju aku nak buat sekali..muahaha..

Infused water atau kata lain detox water adalah air kosong yang diperap bersama buahan segar yang dihiris tanpa sebarang perasa gula..
Ia juga menyahtoksin dalam badan, seimbangkan pH dan water retention
Orang yang berdiet pun amat sesuai untuk lose wieght..



Ini yang aku buat malam tadi untuk minum pagi ni..
Naknak la dapat botol air baru..berkobar sikit nak buat..
Untuk aku yang kurang sikit minum air kosong ni, sesuai sangat la..tak ada la rasa air kosong semata ken..

3 hirisan lemon
Beberapa helai daun pudina
3 hirisan oren
Air kosong/ air sejuk (maap ler,aku tak pasti botol air ni berapa liter)

Cara  nak buat senang je, masukan semua hirisan buah dan daun pudina dalam botol dan tuangkan air kosong/air sejuk..
Kemudian simpan dalam peti ais sekurangnya sejam..tapi lagi bagus kalau uols buat malam sebelum tido dan esok pagi nyer baru minum..



Ce tengok..ce tengok infused water kat atas tu..
Tengok pun dah rasa macam nak buat gak ken..
Okay pasni kita try letak buah lain pulok ye..