4 Jan 2013

30 Minggu / 30 Weeks

Alhamdulillah...hari ini genap 30 minggu usia kandungan aku..
Tolak campur lebih kurang tinggal 10 minggu je lagi...
Huh, macam takut pulak bila nak dekat ni..hihihh
Ko kalau nak beranak anak ke 10 pun mesti de perasaan takut gak kan..
Same macam aku sekarang ni...walaupun teruja nak jumpa baby, cuak harus ada..

Last chekup haritu untuk 7 bulan, berat aku sekarang 68.25kg hokay!!
Macam ada potensi melepasi 70kg je ni...huawaaaaa..
Masak aku nak diet ni dalam pantang..*pitam*

Biasa la 7 bulan ni, bergerak or banyak buat keje sikit je dah rasa penat + letih + semput tak terdaya la...
Kaki pun same gak berjalan lebih sikit je dah sakit..jalan pun dah bersepah..hahahhh
Tapi part paling tak boleh tahan, kalau duduk lamalama..naknak kat opis duduk depan pc, mak aii sakit nyer pinggang..rasa macam nak nangis pun ada tau..
Pastu kalau nak menunduk melayan aryan mandi or berak...pastu nak pakai baju or diaper lepas mandi..
Dah la dia tak reti duduk diam..tu kadang boleh naik hantu mak dia ni..huhuhh..
Pastu tido malam pun dah tak selesa..dah start tido berpeluhpeluh..macam baru lepas maraton..
Posisi tido pun kalau straight, kadang tak kena tang pinggang..
Mengiring lak, baby lak tak suka..bila mengiring dia pun bergerak aktif..
So sekarang serba tak kena la kat aku :p

Part baby pulak makin aktif bergerak dalam perut ni..kawasan dah sempit kat dalam tu, sekali dia aktif bergerak dari hujung perut sana sini..sampai aku rase nak terkencing dan kadang terjerit "auuww" sakit ko..
Tibatiba kang terasa bonjol kat sebelah perut..may be kaki or lutut dia kot..
Tinggal berapa minggu je nak merasai dia bergerak kat dalam perut ni..sedih lak :(
So sekarang tengah melayan puaspuas dia kat dalam perut ni..

Nak tengok perut aku 30 weeks ni?
Scroll la sampai bawah ye..

Paru-paru bayi anda dan saluran penghadaman hampir matang sepenuhnya. Walaupun bayi anda mungkin lebih perlahan dalam menambahkan ukuran panjangnya dari sekarang (dia berukuran 15.7 inci / 40 sentimeter dari mercu kepala ke jari kaki sekarang), dia akan terus menambahkan beratnya sampai masa dia dilahirkan.

Pada minggu ini, bayi anda terus menerus membuka dan menutup matanya. Dia sudah boleh melihat apa yang sedang berlaku dalam rahim, membezakan cerah dari gelap dan boleh juga mencari punca cahaya.

Jika anda memancarkan lampu suluh ke atas perut anda, bayi akan menoleh kepala untuk mengikuti cahaya itu atau menghulurkan tangan untuk menyentuh cahaya yang bergerak itu. Beberapa penyelidik berpendapat bahawa mendedahkan perut anda kepada cahaya merangsang perkembangan visual. Namun, jangan pula mengharapkan penglihatan 20/20 di masa bayi dilahirkan - bayi baru lahir hanya boleh melihat setakat jarak lebih kurang 8 hingga 12 inci / 20 hingga 30 sentimeter. (Kanak-kanak yang mempunyai penglihatan normal tidak mencapai penglihatan 20/20 sehingga umur antara tujuh hingga sembilan tahun.) Untuk melengkapkan gambaran perkembangan ini, bayi anda sudah mempunyai bulu kening dan bulu mata.

Lebih kurang satu setengah pain / sekitar satu liter cecair amnion sekarang mengelilingi bayi anda tetapi volum ini akan menyusut apabila bayi membesar dan ruang dalam rahim bertambah sempit baginya. Apabila anda dan bayi anda menjadi semakin besar, janganlah merasa takut pula jika anda merasakan sesak nafas, atau merasakan seakan-akan anda tidak mendapat udara yang mencukupi; ia hanya uterus anda menekan diafragma anda. Bagaimanapun, di akhir terowong gelap yang dilalui ini, ada cahaya. Di 34 minggu kehamilan (atau sejenak sebelum pelahiran, jika kehamilan ini yang kedua atau ketiga bagi anda), kepala bayi anda akan bergerak turun memasukki pelvis anda dan terus mengambil posisi yang sesuai untuk kelahiran. Ini akan melegakan pernafasan dan pemakanan anda.



Agakagak perut aku besar ke kecik?
Aku rasa macam kecik je tapi bila tengok kat cermin atau snap picca perut, macam besar..
Tapi kalau boleh tak mau la baby besar sangat..nanti jenuh mak nak teran pulak...huhuhu..


3 Jan 2013

Fuuuh...berpeluh.......

Kembali berkerja di tahun baru selepas empat hari bercuti..
Tapi pagi ini sudah masuk terlewat 10 minit ke opis..kuikuikuikk...
Orang sibuk anak bersekolah..aku pun sibuk macam anak nak masuk sekolah gak..

Mana tak nyer sebelum ni, jika aku nak pergi keje aryan still tido..aku biar dia tido dulu..nanti dia dah bangun baru hantar rumah babysitter dia..
Tapi bukan aku yang hantar..anak buah aku ismahani yang akan hantar..
Rumah babysitter sederet dengan rumah aku cuma dia hujung sikit..


Tengok kemain lena dia tido..sampai menonggeng...huahuahuaa..
Sebagai makmak tak sampai hati aku nak kejutkan dia..so biar dia tido dulu..

Tapi untuk tahun 2013 ni terpaksa la kejutkan dia bangun pagi..sebelum aku pergi keje hantar dia dulu..
Sebab ismahani dah sekolah pagi...form 3 kan dah pagi..so tak ada sapa nanti nak layan dia, nak mandi, pakai baju..nak hantar rumah babysitter dia..

So pagi tadi merengek la dia tengah lena tido kena kejutkan..dah la malam tadi dia tido lambat, pukul 1 baru tido..pastu tengah malam dia tak lena tido..sekejap terjaga..berpusingpusing dia nak bagi selesa kot..tak tau la kenapa..
Sudah nyer tido bawah ketiak aku baru lena sampai pagi..
Aku ditengah dihimpit oleh dua hero..dengan dalam perut pun kalau tak kena gaya tido, dia pun mengeras gak..senak mak kat tengah tu tau..
Tapi perasan sejak dua menjak ni dia akan bangun dari babycot dia, tido sebelah aku..kadang dia akan tarik tangan aku suruh tutup mata dia la..tak pun suruh peluk dia..
Macam dia tau je, berapa bulan je lagi dia boleh menyelit kat ketiak aku ni..ooohhh, sedih nyer rasa pulak :'(
In Sha Allah mama akan layan sama adil ye sayang..
Ok stop emo pagipagi ni..

Balik kepada cete, dah pagi tadi merengek..dukung la dia dari bilik atas kebawah..
Badan awak dah la semangat..pastu dukung dia dengan yang dalam perut di pun aktif bergerak..
Sampai bawah semput aku dibuat nyer..
Adegan pujuk memujuk berlaku la..cakap 'petang nanti papa balik work ambil aryan la..nanti boleh naik tutu (motor) dengan papa la'..atok la menyelit memujuk 'petang nanti atok ambil la aryan...bla..bla..'
Ok tak menangis dah..tetapi sampai je rumah babysitter dia muka sedih giler..
Mak tak leh la tengok muka anak mak sedih kena tinggal ni..mak pun rasa nak sedih sama..
Pujuk lagi, memberi kata semangat..cewahh..nek pah dia pun pujuk same..
So sebelum dia kuar suara menangis, baik aku chow..
A'aah, macam mana tak lambat harini..sampai opis berpeluh ketiak aku tau..rambut pun basah dek peluh..dah rupa mak lampir ok.nasib baik tak mak tapir..
Duduk depan aircond jap..
Ni baru anak sorang..kang nanti kuar lagi sorang macam mano..
Mau berpeluh satu badan kot..kakakakah..


2 Jan 2013

Selamat Pagi 2013

Babaiii 2012...

Selamat datang 2013..selamat tahun baru uolss..
Sekejap je kan masa berlalu sekarang ni..
Tuptup dah masuk tahun baru..angka umur pun dah menambah ke 3 series..huhuhh.. #ada apa pada angka..cewahh..

Banyak kenangan manis dan pahit di tahun 2012..biar la ia menjadi sejarah di tahun 2012..
Semoga tahun baru ni memberi seribu kebahagian pada kami sekeluarga dengan kehadiran orang 'baru' yang bakal tiba nanti..
Sentiasa dimurah rezeki untuk kami sekeluarga..
Dan semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelum nyer..aminnn..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone