21 Nov 2011

Syabas Skuad Bola Malaysia

Tak dan nak update esok..nak update mlm ni gak..

Aku tau semua tengok bola M'sia lwn Ind kan..rugi la sapa tak tengok..

Syukur Alhamdulillah skuad bola kite menang pingat emas..walaupun hanya dapat pingat emas,tapi bagi rakyat M'sia game ni sungguh bermakna..nak2 geram dengan perangai rakyat diaorang yang kurang ajar tu..

Kepada pemain M'sia syabas..Anda adalah Wira Malaysia..

#Khairul Fahmi anda penyelamat#



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

19 Nov 2011

Super Moist Eggless Chocolate Cake

Gila chocolate cake dah aku ni...adooii..berlemak-lemak lerr..
Chocolate Cake memang mendapat sambutan tinggi kan..

kalau aku buat sentiasa habis...
so tak ada la membazir..
anak2 buah aku semua suka...
kalau semua anak buah aku ada 9 orang memang tak cukup la kek nyer..

cuma anak aku ni je belum mengerti lagi..
almaklum ar, budak umur setahun lebih..
makan nyer sikit main nyer lebih..
sayang mama ni...

kali ini aku nak try buat chocolate cake tanpa egg..
tak pernah try pun sebelum ni..
so rasa dia memang moist sangat..
cara dia pun mudah..ko tak payah nak susah2 keluarkan mixer..
hanya pakai handwisk je..
godek...godek..dah siap..






Super Moist Eggless Chocolate Cake

by: Ana

Bahan-bahan :1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar susu tepung *susu tepung biasa tak ada..yg ada susu aryan..mama ambil sikit ye susu aryan..wakaka..sedap je kek ni*
1 1/4 cawan air sejuk (air sejuk dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara-cara :
Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

18 Nov 2011

Silicon Mould

Since aku suka membaking ni..
Banyak peralatan dan perkakas yang berkaitan membaking ni didapur..

Sampai dah tak ada tempat nak simpan.. May be aku kena beli 1 box untuk simpan semua barang tu..

Now sekarang aku tengah mencari silicon mould..

Apakah itu silicon mould?
Yang aku tahu silicon mould tu adalah acuan yang boleh dibakar didalam oven..acuan tu macam getah..pelbagai jenis bentuk dan warna..

Teruja tengok silicon tu kat blog2 resepi orang..Cantik2 belaka..
Dari komen orang yang menggunakan silicon tu kata nya senang nak digunakan..tak payah letak menjerin kat acuan tu..tapi price dia mahal sikit..berapa aku tak pasti lak..

Ni ada 3,4 contoh yang aku dapat..























Pic atas ni aku dapat dari blog Seripayaku
*mintak izin copy paste pic ye*





Yang ini pula,dari blog MasamManis
*mintak izin copy paste pic ye*




























Dan yang ini dari Secubitgaramnor67
*mintak izin copy paste pic ye*


Cantik2 kan..yg tak tahan tu silicon bear tu..
Tak dapat yang bear tu dapat yang bentuk biasa2 jadi la..macam bentuk love or bentuk bunga (kuning)..

Aku dah cari 2 bakery shop..still tak jumpa..
Apa ke payah no nak jumpa..
Anyone tahu kat mana boleh dapatkan silicon ni?


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone