10 Nov 2011

Tshirt Free

Aryan dapat baju free ko..bukan 1 tapi 3 helai ko...ko ado?kalau tak ado g beli drypers ye..yang tak pakai drypers xdapat la ye.. sebelum ni baca kat entry Mun. sekali kali ini makcik la dapat..


Awal bulan hari tu papa beli 3 pek sekali drypers..senang beli sekali banyak..sebulan sekurang nyer aryan pakai 2 pek..so ni boleh tahan sebulan lebih la ni..kalau keluar pakai mamipoko pants..senang sarung je..


Itu pun yang perasan de sticker baju free anak buah aku Izzudin umur 5 tahun..tunjuk kat aku ni baju pe ni mak lang..sekali tengok baru perasan dapat free gift..padahal dah beli 3,4 hari dah pun. ini baru je nak tukar dari size M ke L..sebab M sekarang bila pakai je, tepi peha tu dah merah2 dan berbekas..tu tukar size tu..

Lepas nampak tu terus tanya papa xde mintak kat kedai tu k baju free ni..papa pun jawab tak ada,xperasan lak ada dpt free gift..yang aku pun tak buka drypers tu sbb yang lama ada lagi..sekali semalam abah aku g kedai tu beli barang tanya sekali pasal baju tu..orang kedai tu cakap itu baju dalam plastik tu la pakcik..mak aku terus buka nak cari baju tu..aku masa tu keje ler..sekali anak buah aku kakak Izzudin, Ismahani bagi tahu baju tu ada dalam plastik drypers..balik keje semalam terus buka lagi 2 pek drypers tu..tengok ada shirt dalam tu..aku la suka bangat..

Malam semalam terus pakai kan aryan baju tu..nak buat macam mana mama dia ni yang beria..


Cantik tak,kain cotton dan sejuk je bila pegang shirt tu..

Pe lagi yang pengguna tegar drypers dapatkan la dipasaran nye..

Terima Kasih Drypers...


#promot free nampak#

8 Nov 2011

Berdentum Bunyi Nye..


Masih tak terlambat untuk mengucapkan Salam Aidiladha pada umat muslimin dan muslimat..mesti 3, 4 hari ni lauk koorang berunsurkan daging je kan...hihih..

Ini mahu cerita semalam punya kes..
Pasal hero aku yang seorang ni ler..

Semalam dalam tengahari,lepas aryan bangun tido la..dia main chak dengan main kejar2 dengan aku..

Tengah2 berlari tu kaki dia tersadung kaki sendiri atau tersadung tikar..xpasti lak aku yang mana satu..pe lagi jatuh muka dulu weei..berdentum bunyi nyer..pe lagi berlari aku meluru kat dia..tak hinggat dia menangis..

Sekali angkat dia tengok kat dahi dah 3,4 garis merah pekat..lama gak pujuk dia supaya berhenti nangis..bila dh berhenti nangis baru perasan kt hujung hidung dia pun merah dan atas bibir dia pun de 2 garis merah..peerrhhh,mesti terhentak kuat muka dia kat tikar tu..dah la tikar sarawak..keras..

Time tu papa xde keluar kejap..aku pikir mesti bising la dia tengok anak kesayangan intan payung dia muka macam tu..sebelum tu aku dah sms dulu g tau..so dia balas sms, kata "xpe la,dah nak kena" pastu dia balik tengok "pe kena teruk sangat ni" huhuhu..tp xde la marah..sbb dia tahu anak dia memang tak reti duduk diam..pastu dia bebel la kat aryan ckp "jgn berlari la...adik boy,adik kuatkan..bla..bla.." Hihihi

Pastu semalam bawa keluar habis sume orang tanya kenapa dahi dia?jenuh nak jawab..

Ni yang rasa nak beli helmet de tutup muka sekali ni..bila main berlari je pakai..wakakakah..

1 Nov 2011

Aku Memerlukan Oven Yang Besar

Cuti hari tu aku membaking lagi...

tak berhenti dah aku dari membaking...

ni aku buat slice cheese cake..

tapi permukaan nyer hitam sedikit disebabkan oven ku kecil..bila cake tu naik membukit...

dah cecah besi panas tu...aduhai...

tunggu durian runtuh la kot baru boleh beli oven baru..

walaupun hitam tapi manis di makan..hihih..



SLICE CHEESE CAKE
sumber : K.Nor@SecubitGaram
by: Ana

Cara:

potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.

Bahan:
4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila