8 Nov 2011

Berdentum Bunyi Nye..


Masih tak terlambat untuk mengucapkan Salam Aidiladha pada umat muslimin dan muslimat..mesti 3, 4 hari ni lauk koorang berunsurkan daging je kan...hihih..

Ini mahu cerita semalam punya kes..
Pasal hero aku yang seorang ni ler..

Semalam dalam tengahari,lepas aryan bangun tido la..dia main chak dengan main kejar2 dengan aku..

Tengah2 berlari tu kaki dia tersadung kaki sendiri atau tersadung tikar..xpasti lak aku yang mana satu..pe lagi jatuh muka dulu weei..berdentum bunyi nyer..pe lagi berlari aku meluru kat dia..tak hinggat dia menangis..

Sekali angkat dia tengok kat dahi dah 3,4 garis merah pekat..lama gak pujuk dia supaya berhenti nangis..bila dh berhenti nangis baru perasan kt hujung hidung dia pun merah dan atas bibir dia pun de 2 garis merah..peerrhhh,mesti terhentak kuat muka dia kat tikar tu..dah la tikar sarawak..keras..

Time tu papa xde keluar kejap..aku pikir mesti bising la dia tengok anak kesayangan intan payung dia muka macam tu..sebelum tu aku dah sms dulu g tau..so dia balas sms, kata "xpe la,dah nak kena" pastu dia balik tengok "pe kena teruk sangat ni" huhuhu..tp xde la marah..sbb dia tahu anak dia memang tak reti duduk diam..pastu dia bebel la kat aryan ckp "jgn berlari la...adik boy,adik kuatkan..bla..bla.." Hihihi

Pastu semalam bawa keluar habis sume orang tanya kenapa dahi dia?jenuh nak jawab..

Ni yang rasa nak beli helmet de tutup muka sekali ni..bila main berlari je pakai..wakakakah..

1 Nov 2011

Aku Memerlukan Oven Yang Besar

Cuti hari tu aku membaking lagi...

tak berhenti dah aku dari membaking...

ni aku buat slice cheese cake..

tapi permukaan nyer hitam sedikit disebabkan oven ku kecil..bila cake tu naik membukit...

dah cecah besi panas tu...aduhai...

tunggu durian runtuh la kot baru boleh beli oven baru..

walaupun hitam tapi manis di makan..hihih..



SLICE CHEESE CAKE
sumber : K.Nor@SecubitGaram
by: Ana

Cara:

potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.

Bahan:
4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila

28 Okt 2011

Sudah Mabuk Dengan Cream Puff

Salam jumaat...

hari tu mabuk pavlova..skrg mabuk cream puff lak..malam tadi buat lg..bw bekal untuk opis dan bekal utk my sis juga.

Sebab nyer semalam balik je keje terus pergi cari nozel yg besar utk buat puff ni..sblm ni nozel nyer kecik,itu utk buat deco cupcakes..bila dh beli nozel,pe lg terus nk buat la..mlm tdi gak godek..so boleh la buat jamu selera pg ni kt opis..along aku kata sedap,boleh buat raya haji kata nyer..hihih..




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone